Sifat Mazmumah Di Dalam Hati
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
Pemarah -
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri
manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya
tidak terang.
Pendendam- tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti
ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara
yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang
yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
Hasad - dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
Bakhil-
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat
dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada
duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang
yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap
memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri
melalui manusia
Tamak - orang yang tidak
puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak
kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg
diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat
! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan
oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh
dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah
rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
Tidak sabar -
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi
hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi
dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja
bertimbun atas meja..)
Ego -
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.
Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun
batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma
tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...
Riak -
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan
menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.
-Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...
Cinta dunia
Tidak
dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah
pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu
"panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah
akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.Kesimpulan Jadi yang meragut
kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan,
musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi
mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau
biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi
andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua
akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu
sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklah padahnya
No comments:
Post a Comment