Oksigen dan nutrient
dibekalkan ke otak melalui beberapa pembuluh darah utama. Pembuluh-pembuluh
darah ini boleh tersumbat.Seterusnya menyebabkan tisu-tisu otak tercedera. Ini
dikenali sebagai strok.
Masalah terjadi bergantung
kepada bahagian otak yang terlibat dan bagaimana tahap kemusnahannya.
Masalah-masalah yang sering terjadi seperti :
- Pergerakan kurang
terkawal dan / atau hilang deria rasa di sebahagian badan
- Kesukaran dalam berjalan
- Gangguan keseimbangan badan
- Masalah penglihatan
- Masalah
pertuturan dan / atau memahami pertuturan
- Keliru, kurang daya ingatan
- Masalah pengawalan pembuangan air kecil dan
besar
- Sukar untuk menelan
- Tahap emosi yang rendah
Kadang kala, satu atau dua
masalah yang telah dinyatakan tadi boleh menyebabkan strok berlaku dalam tempoh
masa yang singkat, kemudian hilang.
Hari ini, penyakit strok
merupakan salah satu penyebab kepada kematian dan kecacatan. Di Malaysia, ahli
fisioterapi boleh memainkan peranan dalam rawatan pemulihan kepada pesakit
strok, membantu mereka kembali kepada fungsi fizikal yang optimum.
Salah satu atau dua
kombinasi factor berikut boleh meningkatkan risiko penyakit strok :
·
Tekanan darah
tinggi
·
Pembuluh darah
yang mengeras dan sempit ( berlaku dalam tempoh yang lama disebabkan oleh
pertambahan lelemak di dinding pembuluh
darah
·
Penyakit jantung
·
Diet yang tinggi
kolesterol
·
Tekanan emosi
·
Merokok
·
Kegemukan
·
Kencing manis
·
Tidak bernafas
semasa tidur
Anda mampu mengurangkan risiko strok dengan :
- Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
- Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan
oleh Pegawai Perubatan
- Berhenti merokok
- Kekalkan berat
badan berdasarkan ketinggian dan umur
- Senaman secara berkala
- Kawal penyakit kencing manis
Rawatan awal strok oleh ahli
fisioterapi membantu dalam pemulihan yang optima. Lazimnya pemulihan boelh
berlaku dalam 3 bulan pertama selepas strok, namun begitu, pemulihan boleh
berterusan selama beberapa tahun.
Rawatan fisioterapi yang
berterusan adalah cara terbaik bagi pemulihan jangka masa panjang.
Ahli fisioterapi dilatih
khusus untuk mengenal pasti masalah pergerakan yang disebabkan oleh penyakit
strok. Latihan
pemulihan tangan dan kaki adalah penting bagi meningkatkan aktiviti seperti
berjalan, keseimbagan badan dan makan.
Ahli fisioterapi dilatih di dalam bidang pemulihan dan bekerja di dalam
sebuah pasukan pemulihan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jurupulih
Carakerja, Ahli terapi pertuturan dan ahli professional kesihatan yang lain.
Kebanyakan pesakit strok di peringkat akut dirawat di hospital, kemudian
rawatan fisioterapi dilakukan di komuniti secara harian. Ahli fisioterapi juga
bekerja di hospital swasta dan juga melakukan rawatan fisoterapi di rumah-rumah
pesakit.
Anda boleh bertanya ahli fisioterapi secara langsung atau mendapatkan
rujukan daripada Pegawai Perubatan anda. Kebanyakan
skim insuran kesihatan menawarkan potongan bagi rawatan fisioterapi
No comments:
Post a Comment