(Bagi pemberi salam)
Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam
syurga itu terbahagi dalamnya
kamar-kamar. Dindingnya
tembus pandang dengan hiasan di
dalamnya yang sangat
menyenangkan.
Di dalamnya pula terdapat
pemandangan yang tidak
pernah dilihat di dunia dan
terdapat satu hiburan yang
tidak pernah dirasakan manusia
di dunia.
"Untuk siapa kamar-kamar
itu wahai Rasulullah S.A.W?"
tanya para sahabat. "Untuk orang yang mengucapkan dan
menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan
makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang
membiasakan puasa,dan solat di waktu malam saat
manusia
lelap dalam mimpinya."
"Siapa yang bertemu
temannya lalu memberi salam,
dengan begitu ia bererti telah
menyemarakkan salam.
Mereka yang memberi makan kepada
ahli dan keluarganya
sampai berkecukupan, dengan
begitu bererti termasuk
orang-orang yang membiasakan
berpuasa. Mereka yang
solat Isyak dan Subuh secara
berjemaah, dengan begitu
ia bererti termasuk orang yang
solat malam di saat
orang-orang sedang tidur
lelap."
Begitu Nabi SAW menjelaskan
sabdanya kepada
sahabatnya.

No comments:
Post a Comment