Sunday, 22 January 2012
Amanah Sifat Yang Paling Sukar Dilaksanakan
Pengertiannya : kepercayaan yang diberikan kepada seseorang atau kepada sesuatu pihak.
Jika seseorang itu tidak menunaikan amanah maka orang itu tidak melaksanakan kepercayaan yang diberikan kepadanya dan bila tidak dilaksanakan bererti orang itu tidak boleh dipercayai.Di dalam hidup kita seharian, sering kali kita mendengar perkataan-perkataan seperti pecah amanah, tidak amanah, salah guna kuasa dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan nilai kepercayaan.
Sesungguhnya kalau kita amat-amati perkataan itu tadi, bolehlah dimengertikan bahawasanya tindakan seseorang melanggar kepercayaan yang diberikan kepadanya kerna tidak melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya. Justeru itu, dapatlah dirasakan sesungguhnya amanah itu amat penting pada diri seseorang terutamanya di dalam menangani sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
Pastinya hal ini tidak boleh dipandang enteng, lebih-lebih lagi ianya adalah sifat mulia yang ada pada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.Lantaran itu, melaksanakan amanah adalah amat penting dan sangat dituntut oleh agama. Tak kiralah walau apa agamanya sekalipun.Ini adalah amat sesuai dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud ‘maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan nya itu akan amanahnya dan bertakwalah kepada Allah, Tuhannya’.( Al-Baqarah : 2-3 )
Oleh itu, jika seseorang itu dikehendaki menyampaikan amanah, maka ianya hendaklah ditunaikan dengan sebaiknya. Kesimpulannya, kita perlulah menunaikan amanah seseorang atau sesuatu pihak dengan ikhlas dan sempurna agar orang lain tidak hilang keyakinan diri kepada kita.Ketahuilah sesungguhnya sifat amanah itu adalah salah satu unsur kesempurnaan kepeda keperibadian seseorang insan khususnya kepada kita orang-orang islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “yang paling ringan dan mudah itu adalah mengucap dua kalimah syahadah, dan yang paling berat itu ialah melaksanakan amanah yang telah diberikan”. Dan daripada riwayat Al-Bazzar yang berbunyi, “sesungguhnya tiada agama bagi orang yang tidak amanah, tiada sembahyang baginya dan tiada zakat.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment