Friday, 4 October 2013

Pesan buat anakku...

Wahai anakku,
Antara menangis dan marah - lebih elok memilih yang memilih menangis seorang diri daripada marah pada sahabat yang menyakiti hati engkau.

Sesungguhnya memarahi seseorang itu lebih memakan tenaga dan tidak mententeramkan hati atau memulihkan keadaan. Malah ia akan meninggalkan kesan pada hatimu. Sekurang-kurangnya air mata yang mengalir dapat membasuh jiwa dan membawa sedikit ketenangan. Ketika itu juga berdoalah pada Allah untuk memberi ketenangan dan kekuatan. Serahlah diriku padahnya.

Wahai anakku,
Ingatlah kadangkala sahabatmu perlu merasai kehilanga mu barulah mereka mengerti untuk menghayati mu. Begitulah juga dengan kamu - kamu akan sedar betapa pentingnya sesuatu setelah kamu kehilangannya. Tapi kesemuanya adalah sebahagian daripada warna-warni kehidupan untuk mengingatkan kita pada Allah.

Senyumlah wahai anakku.
Kadangkala kita kena terima hakikat kita tak dapat puaskan hati semua orang. Bila lampu trafik menjadi hijau, ada yang terpaksa henti memberi laluan. Jika tidak berlakulah kemalangan yang tiada siapa yang akan untung melainkan mekanik dan hospital


sumber: Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Friday, 3 February 2012

10 Sebab Wanita Di Siksa Di Akhirat


Berkata Ali r.a. ‘ saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah s.a.w, apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami dapati Rasulullah s.a.w sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah, ‘ Ya Rasulullah mengapa Rasulullah menangis ?’

Rasulullah bersabda, ‘aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita antaranya :

·         Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.

·         Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak air dituangkan ke dalam kerongkongnya

·         Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum di tuangkan ke dalam kerongkongnya

·         Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kaki dan tangannya sampai ubun- ubunnya dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kala jengking

·         Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan dibawahnya terdapat api yang menyala-nyala

·         Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka

·         Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri

·         Orang perempuan yang tuli, buta dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya seperti hidung, telinga dan mulut.Badannya pula busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra

·         Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan

·         Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya.Dan para malaikat memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.

Sebaik saja Fatimah r.a. mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata, ‘Wahai ayahku, ceritakanlah kepadaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut ?’

Kemudian Rasulullah bersabda, ‘Wahai anakku Fatimah, adapun :

·         Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih, kerana dia tidak mahu menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.Tidak menutup aurat

·         Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak air dituangkan ke dalam kerongkongnya, kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya.Rasulullah telah bersabda, ‘seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya.’seseorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT melaknatinya maka para malaikat juga melaknatinya dan para manusia juga melaknatinya.Dari Uthman r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda, ‘seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata, ‘aku belum pernah melihat kebaikan mu’, maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikan nya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.

·         Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum di tuangkan ke dalam kerongkongnya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya.

·         Orang perempuan yang diikat dua kakinya, kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar.Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah habis haid dan nifas

·         Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan dibawahnya terdapat api yang menyala-nyala, adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain

·         Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka, adalah kerana dia memasyurkan dirinya di kalangan orang ramai, dengan maksud supaya orang melihat akan perhiasannya.Dan setiap orang yang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dipakai.

·         Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kaki dan tangannya sampai ubun- ubunnya dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kala jengking, adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tapi tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat.

·         Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan, adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta, dan

·         Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya.Dan para malaikat memukuli kepalanya dengan palu dari neraka, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, ‘kalaulah semua yang ada di bumi ini berupa emas dan perak dan kemudian dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka dia berkata, ‘awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milikku, engkau tidak mempunyai apa-apa pun’.Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak.’

Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, ‘seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, maka sesungguhnya dia dikutuk oleh segala sesuatu yang disinari oleh matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumahnya.’

Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, ‘apabila seseorang perempuan itu keluar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya, maka sesungguhnya Allah SWT akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka.’

Thalhah bin Abdullah berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, ‘Apabila seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa di hadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu.’ 



10 Perkara Yang Sia-Sia


SUFYAN ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan ada 10 perkara termasuk kategori sia-sia, iaitu:

·  Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
·  Orang yang sering membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib hingga 100 ayat setiap hari.
·  Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahyatul masjid.
·  Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka.
·  Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
·  Lelaki atau wanita yang tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
·  Dua lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.
·  Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi melayan tetamu itu acuh tak acuh.
·  Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
·  Orang yang tidak menyedari tetangganya merintih kelaparan, sedangkan dia sendiri makan kekenyangan di rumahnya.

9 Mimpi Rasulullah SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah. 

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. 

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang. 

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru k epada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT

7 Perkara Ganjil


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut. 

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain," 

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi. 

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"  Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.  Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya." 

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut. 

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi. 

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.