Berkata
Ali r.a. ‘ saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah s.a.w, apabila kami
masuk ke rumah baginda maka kami dapati Rasulullah s.a.w sedang menangis, maka
saya bertanya kepada Rasulullah, ‘ Ya Rasulullah mengapa Rasulullah menangis ?’
Rasulullah
bersabda, ‘aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita antaranya :
·
Orang
perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.
·
Orang
perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari
punggungnya dan minyak air dituangkan ke dalam kerongkongnya
·
Orang
perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu
zakum di tuangkan ke dalam kerongkongnya
·
Orang
perempuan yang digantung dan diikat dua kaki dan tangannya sampai ubun- ubunnya
dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kala jengking
·
Orang
perempuan yang makan badannya sendiri dan dibawahnya terdapat api yang
menyala-nyala
·
Orang
perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka
·
Orang
perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri
·
Orang
perempuan yang tuli, buta dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang
darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya seperti hidung, telinga dan
mulut.Badannya pula busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra
·
Orang
perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai,
mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan
·
Orang
perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke
dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya.Dan para malaikat memukuli kepalanya
dengan palu dari neraka.
Sebaik
saja Fatimah r.a. mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata,
‘Wahai ayahku, ceritakanlah kepadaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh
wanita-wanita tersebut ?’
Kemudian
Rasulullah bersabda, ‘Wahai anakku Fatimah, adapun :
·
Orang
perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih,
kerana dia tidak mahu menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh
lelaki lain.Tidak menutup aurat
·
Orang
perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari
punggungnya dan minyak air dituangkan ke dalam kerongkongnya, kerana dia suka
menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya.Rasulullah telah bersabda,
‘seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya maka Allah
SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan
mengikat di belakang lehernya.’seseorang perempuan yang menyeksa suaminya
dengan kata-katanya maka Allah SWT melaknatinya maka para malaikat juga
melaknatinya dan para manusia juga melaknatinya.Dari Uthman r.a berkata bahawa
Rasulullah bersabda, ‘seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya
dengan berkata, ‘aku belum pernah melihat kebaikan mu’, maka sesungguhnya Allah
SWT akan menghapuskan amal kebaikan nya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa
pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.
·
Orang
perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu
zakum di tuangkan ke dalam kerongkongnya, kerana dia menyusui anak orang lain
tanpa mendapat izin suaminya.
·
Orang
perempuan yang diikat dua kakinya, kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya
terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar.Yakni mereka yang tidak mandi bagi
membersihkan diri setelah habis haid dan nifas
·
Orang
perempuan yang makan badannya sendiri dan dibawahnya terdapat api yang
menyala-nyala, adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka
yang suka membicarakan aib orang lain
·
Orang
perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka, adalah
kerana dia memasyurkan dirinya di kalangan orang ramai, dengan maksud supaya
orang melihat akan perhiasannya.Dan setiap orang yang melihat akan tertarik
kepadanya sebab perhiasan yang dipakai.
·
Orang
perempuan yang digantung dan diikat dua kaki dan tangannya sampai ubun- ubunnya
dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kala jengking, adalah kerana dia itu
boleh solat, puasa tapi tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu
mengerjakan solat.
·
Orang
perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai,
mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan, adalah kerana dia suka mengadu
domba dan sangat suka berdusta, dan
·
Orang
perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk
ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya.Dan para malaikat memukuli
kepalanya dengan palu dari neraka, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka
marah kepada suaminya.
Abdullah
bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, ‘kalaulah semua yang
ada di bumi ini berupa emas dan perak dan kemudian dibawa oleh seorang
perempuan ke rumah suaminya, maka dia berkata, ‘awak ini siapa, semua harta
yang ada di sini adalah milikku, engkau tidak mempunyai apa-apa pun’.Maka
sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu
banyak.’
Ibnu
Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, ‘seseorang
perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, maka sesungguhnya dia
dikutuk oleh segala sesuatu yang disinari oleh matahari dan bulan sehingga dia
kembali ke rumahnya.’
Ibnu
Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, ‘apabila seseorang
perempuan itu keluar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai
wangi-wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya, maka sesungguhnya
Allah SWT akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah
dalam neraka.’
Thalhah
bin Abdullah berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, ‘Apabila
seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan
menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah memurkainya
sehingga dia tidak lagi boleh tertawa di hadapan suaminya atau pun
menggembirakan suaminya itu.’
No comments:
Post a Comment