SUFYAN ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan
ada 10 perkara termasuk kategori sia-sia, iaitu:
· Lelaki atau wanita yang
berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu bapanya
sendiri dan kaum Muslimin.
· Orang yang sering membaca
al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib hingga 100 ayat setiap hari.
· Lelaki yang masuk ke dalam
masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat
tahyatul masjid.
· Orang yang melewati tanah
perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak
mendoakan untuk keselamatan arwah mereka.
· Lelaki yang masuk pada
hari Jumaat ke suatu kota,
kemudian dia keluar dari kota
itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.
· Lelaki atau wanita yang
tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak
mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
· Dua lelaki yang
bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan
keluarganya.
· Lelaki yang mengundang
seseorang menjadi tetamunya, tetapi melayan tetamu itu acuh tak acuh.
· Pemuda yang menjadikan
zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk
menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
· Orang yang tidak menyedari tetangganya
merintih kelaparan, sedangkan dia sendiri makan kekenyangan di rumahnya.
No comments:
Post a Comment