Friday, 27 January 2012

AMALAN MANDI (KEBAIKAN & KELEBIHAN)


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.
Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk
sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala
: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.

Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia
: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Penyakit Strok


Oksigen dan nutrient dibekalkan ke otak melalui beberapa pembuluh darah utama. Pembuluh-pembuluh darah ini boleh tersumbat.Seterusnya menyebabkan tisu-tisu otak tercedera. Ini dikenali sebagai strok.

Masalah terjadi bergantung kepada bahagian otak yang terlibat dan bagaimana tahap kemusnahannya. Masalah-masalah yang sering terjadi seperti :

  • Pergerakan kurang terkawal dan / atau hilang deria rasa di sebahagian badan
  • Kesukaran dalam berjalan
  • Gangguan keseimbangan badan
  • Masalah penglihatan
  • Masalah pertuturan dan / atau memahami pertuturan
  • Keliru, kurang daya ingatan
  • Masalah pengawalan pembuangan air kecil dan besar
  • Sukar untuk menelan
  • Tahap emosi yang rendah


Kadang kala, satu atau dua masalah yang telah dinyatakan tadi boleh menyebabkan strok berlaku dalam tempoh masa yang singkat, kemudian hilang.

Hari ini, penyakit strok merupakan salah satu penyebab kepada kematian dan kecacatan. Di Malaysia, ahli fisioterapi boleh memainkan peranan dalam rawatan pemulihan kepada pesakit strok, membantu mereka kembali kepada fungsi fizikal yang optimum.

Salah satu atau dua kombinasi factor berikut boleh meningkatkan risiko penyakit strok :

·        Tekanan darah tinggi
·        Pembuluh darah yang mengeras dan sempit ( berlaku dalam tempoh yang lama disebabkan oleh pertambahan lelemak di  dinding pembuluh darah
·        Penyakit jantung
·        Diet yang tinggi kolesterol
·        Tekanan emosi
·        Merokok
·        Kegemukan
·        Kencing manis
·        Tidak bernafas semasa tidur


Anda mampu mengurangkan risiko strok dengan :

  • Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
  • Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan oleh Pegawai Perubatan
  • Berhenti merokok
  • Kekalkan berat badan berdasarkan ketinggian dan umur
  • Senaman secara berkala
  • Kawal penyakit kencing manis


Rawatan awal strok oleh ahli fisioterapi membantu dalam pemulihan yang optima. Lazimnya pemulihan boelh berlaku dalam 3 bulan pertama selepas strok, namun begitu, pemulihan boleh berterusan selama beberapa tahun.

Rawatan fisioterapi yang berterusan adalah cara terbaik bagi pemulihan jangka masa panjang.

Ahli fisioterapi dilatih khusus untuk mengenal pasti masalah pergerakan yang disebabkan oleh penyakit strok. Latihan pemulihan tangan dan kaki adalah penting bagi meningkatkan aktiviti seperti berjalan, keseimbagan badan dan makan.

Ahli fisioterapi dilatih di dalam bidang pemulihan dan bekerja di dalam sebuah pasukan pemulihan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jurupulih Carakerja, Ahli terapi pertuturan dan ahli professional kesihatan yang lain.

Kebanyakan pesakit strok di peringkat akut dirawat di hospital, kemudian rawatan fisioterapi dilakukan di komuniti secara harian. Ahli fisioterapi juga bekerja di hospital swasta dan juga melakukan rawatan fisoterapi di rumah-rumah pesakit.

Anda boleh bertanya ahli fisioterapi secara langsung atau mendapatkan rujukan daripada Pegawai Perubatan anda. Kebanyakan skim insuran kesihatan menawarkan potongan bagi rawatan fisioterapi

Lemak dan Kolesterol


Dikurangkan untuk lebih sihat,  membuat pilihan adalah hak anda

Bagaimana mengetahui kita mengambil lemak berlebihan


·        Jika memakan makanan yang tinggi kandungan lemaknya setiap hari maka 
         pengambilan lemak adalah tinggi

Makanan yang tinggi kandungan lemaknya :

·        Daging dengan lemaknya, ayam dengan kulitnya, keju, krim, mayonaise
·        Makanan bergoreng seperti pisang goreng, kue tiaw goreng, nasi lemak
·        Masakan berlemak seperti rendang, kek, ais krim, roti canai
·        Mentega, minyak, margerin adalah 100 % lemak

Struktur tipikal  kolesterol


·        Lipoprotin adalah kombinasi antara lemak dan protin yang membawa kolesterol ke  
         seluruh badan
·        Lipoprotin bertindak sebagai pembawa lemak di mana membawa kolesterol melalui 
         aliran darah
·        Penghasilan kolesterol dalam badan

Peringkat pertama – kolesterol dr makanan yang dimakan dan 
                                 triglyceride di serap oleh usus
Peringkat pertengahan – VLDL dan IDL adalah hasil dari
                                         pencernaan lemak
Peringkat akhir – penghasilan HDL ( kolesterol baik ambil 
                             kolesterol terapung dr aliran darah ) 
                             Penghasilan LDL ( kolesterol tidak baik yang
                             melepaskan kolesterol dalam aliran darah


Faktor risiko untuk penyakit jantung koronari :

·        Peningkatan LDL
·        Penurunan HDL
·        Peningkatan Tryglyceride
·        Penyakit Diabetes
·        Obesity
·        Tekanan Darah Tinggi
·        Merokok
·        Kurangnya aktiviti senaman / riadah

Cool Women


They smile when they want to scream.
They sing when they want to cry.
They cry when they are happy and laugh when they are nervous.
They fight for what they believe in.
They stand up for injustice.
They don't take "no" for an answer when they believe there is a better solution.
They go without new shoes so their children can have them.
They go to the doctor with a frightened friend.
They love unconditionally.
They cry when their children excel and cheer when their friends get awards.
They are happy when they hear about a birth or a new marriage.
Their hearts break when a friend dies.
They have sorrow at the loss of a family member, yet they are strong when
they think there is no strength left.
They know that a hug and a kiss can heal a broken heart.
Women come in all sizes, in all colors and shapes.
They'll drive, fly, walk, run or e-mail you to show how much they care about you.
The heart of a woman is what makes the world spin!
Women do more than just give birth.
They bring joy and hope.
They give compassion and ideals.
They give moral support to their family and friends.
Women have a lot to say and a lot to give.

Bananas... This is very interesting


After Reading THIS, you'll NEVER look at a banana in the same way again -

Bananas. Containing three natural sugars - sucrose, fructose and glucose combined with fiber, a banana gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proven that just two bananas provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way a banana can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND amongst people suffering from depression, many felt much better after eating a banana.
This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.
PMS: Forget the pills - eat a banana. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anemia:
High in iron, bananas can stimulate the production of haemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.

Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it the perfect to beat blood pressure.
So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the banana industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power:
200 students at aTwickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating bananas at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Constipation:
High in fiber, including bananas in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a banana milkshake, sweetened with honey. The banana calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and
re-hydrates your system.

Heartburn:
Bananas have a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating a banana for soothing relief.

Morning Sickness:
Snacking on bananas between meals helps to keep blood
sugar levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites:
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of a banana skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

Nerves:
Bananas are high in B vitamins that help calm the nervous system.

Overweight and at work?
Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

Ulcers:
The banana is used as the dietary food against intestinal disorders
because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also
neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

Temperature control:
Many other cultures see bananas as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Thailand, for example, pregnant women eat bananas to ensure their baby is born with a cool temperature.

Seasonal Affective Disorder
(SAD): Bananas can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer tryptophan.

Smoking:
Bananas can also help people trying to give up smoking.
The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat,
sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium banana snack.

Strokes:
According to research in "The New England Journal of Medicine,
"eating bananas as part of a regular diet can cut the risk of death by
strokes by as much as 40%!

Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off
a wart, take a piece of banana skin and place it on the wart, with the
yellow side out. Carefully hold the skin in place with a plaster or surgical tape!

So, a banana really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrate, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals.
It is also rich in potassium and is one of the best value foods around.

So maybe its time to change that well-known phrase so that we say,
"A banana a day keeps the doctor away!"

PS :
 
Bananas must be the reason monkeys are so happy all the time!

Thursday, 26 January 2012

Kala Jengking Neraka


Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : " Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang...

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid.

Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang l ain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya ' Allah



Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
 
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. 

 
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

 
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. 

 
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan. 

 
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Cerita Perihal Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

Lobak, Telur & Kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak. Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"
Bagaimana dengan anda? Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.

4 Kategori Wanita di Syurga

Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. bersabda: empat jenis wanita yang berada di syurga dan empat jenis wanita yang berada di neraka dan beliau menyebutnya di antara empat jenis perempuan yang berada di syurga ialah:

1. Perempuan yang menjaga diri dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.2. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati dengan keadaan yang serba kekurangan 
    (dalam kehidupan) bersama suaminya.
3. Perempuan yang bersifat pemalu, dan jika suaminya pergi maka ia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jika suaminya datang ia 
     mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
4. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan ia mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk
    mengurusi anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia kahwin kerana
    khuatir anak-anaknya akan tersia-sia (terlantar / terbiar).

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: Dan adapun empat jenis wanita yang berada di neraka ialah:

1. Perempuan yang jelek (jahat) mulutnya terhadap suaminya, jika suaminya pergi, maka ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminnya
    datang ia memakinya (memarahinya).
2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang ia tidak mampu.
3. Perempuan yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasannya dan 
    memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik perhatian kaum lelaki).
4. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak senang berbakti kepada Allah, RasulNya
     dan suaminya.

Oleh kerana itu seorang perempuan yang bersifat dengan sifat-sifat (empat) ini, maka ia dilaknat termasuk ahli neraka kecuali jika ia bertaubat.

Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia

Sifat Mazmumah Di Dalam Hati

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

Pendendam- tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

Hasad - dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

Bakhil- Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..)

Ego - Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklah padahnya

Sunday, 22 January 2012

4 ORANG LELAKI YANG DITARIK WANITA KE NERAKA

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul.....

1. Ayahnya-Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya-Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya-Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya-Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

FirmanALLAHSWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita

15 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

MENINGGALKAN SEMBAHYANG ADALAH SATU-SATUNYA PEMISAHAN ANTARA IMAN DAN KUFUR. SEMBAHYANG ITU TIANG AGAMA.BARANG SIAPA MENDIRIKANNYA MAKA SESUNGGUHNYA IA TELAH MENDIRIKAN AGAMA, DAN  
BARANG SIAPA MENINGGALKAN SEMBAHYANGNYA, MAKA SESUNGGUHNYA IA TELAH MEROBOHKAN AGAMA TERSEBUT.

6 AZAB KETIKA DI DUNIA ( HIDUP )
-       TERHAPUS TANDA-TANDA ORANG SOLEH DARI WAJAHNYA.
-       REZEKINYA TIDAK DIPERMUDAHKAN.
-       ALLAH MENGURANGKAN KEBERKATAN UMURNYA.
-       SEMUA AMALAN-AMALANNYA TIDAK DIKURNIAKAN PAHALA.
-       DOANYA TIDAK DIMAKBULKAN ALLAH.
-       TIADA DOA DARIPADA PARA SOLIHIN UNTUKNYA.

3 AZAB KETIKA HAMPIR MATI
-       KEMATIANNYA PENUH KEHINAAN.
-       MATI DALAM KEADAAN LAPAR DAN DAHAGA YANG DAHSYAT.
-       KELUAR ROH DARI JASADNYA TANPA IMAN.

3 AZAB DI DALAM KUBUR
-       ALLAH AKAN MENYEKSANYA SEHINGGA HARI KIAMAT.
-       KUBUR MENGHIMPITNYA SEHINGGA BERSELISIH TULANG RUSUK.
-       DINYALAKAN API DAN IA DIBALIK-BALIKKAN DI ATASNYA.

3 AZAB KETIKA BERTEMU ALLAH
-       ALLAH AKAN MEMANDANGNYA TANPA BELAS KASIHAN.
-       TIADA RAHMATNYA DAN KEAMPUNAN ALLAH UNTUKNYA.
-       MALAIKAT MEMBELENGGUNYA LALU DISERET KE NERAKA.

DOSA-DOSA BAGI SETIAP FARDHU YANG DITINGGALKAN DENGAN SENGAJA :

SUBUH – SATU FARDHU DITINGGALKAN, ALLAH S.W.T AKAN MENCAMPAKKANNYA KE DALAM NERAKA SELAMA 60 TAHUN.

ZUHUR -  SATU FARDHU DITINGGALKAN, DOSANYA SAMA SEPERTI MEMBUNUH 1000 ORANG ISLAM.

ASAR - SATU FARDHU DITINGGALKAN, DOSANYA MERUNTUHKAN KAABAH.

MAGHRIB - SATU FARDHU DITINGGALKAN, DOSANYA SAMA SEPERTI SESEORANG BERZINA DENGAN IBUNYA (BAGI LELAKI), ATAU BERZINA DENGAN BAPANYA ( BAGI PEREMPUAN ).

ISYAK  -  SATU FARDHU DITINGGALKAN, ALLAH S.W.T TIDAK AKAN MEREDHAI HIDUPNYA DI ATAS MUKA BUMI INI.

Dosa gugur apabila suami dan isteri bersalam-salaman

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua. Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya." Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredaan Allah melalui keredaan suami.

15 Sebab Turunnya Bala

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang   
     yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah 
      bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang 
      maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Amanah Sifat Yang Paling Sukar Dilaksanakan


Pengertiannya : kepercayaan yang diberikan kepada seseorang atau kepada sesuatu pihak.

Jika seseorang itu tidak menunaikan amanah maka orang itu tidak melaksanakan kepercayaan yang diberikan kepadanya dan bila tidak dilaksanakan bererti orang itu tidak boleh dipercayai.Di dalam hidup kita seharian, sering kali kita mendengar perkataan-perkataan seperti pecah amanah, tidak amanah, salah guna kuasa dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan nilai kepercayaan.

Sesungguhnya kalau kita amat-amati perkataan itu tadi, bolehlah dimengertikan bahawasanya tindakan seseorang melanggar kepercayaan yang diberikan kepadanya kerna tidak melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya. Justeru itu, dapatlah dirasakan sesungguhnya amanah itu amat penting pada diri seseorang terutamanya di dalam menangani sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Pastinya hal ini tidak boleh dipandang enteng, lebih-lebih lagi ianya adalah sifat mulia yang ada pada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.Lantaran itu, melaksanakan amanah adalah amat penting dan sangat dituntut oleh agama. Tak kiralah walau apa agamanya sekalipun.Ini adalah amat sesuai dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud ‘maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan nya itu akan amanahnya dan bertakwalah kepada Allah, Tuhannya’.( Al-Baqarah : 2-3 )

Oleh itu, jika seseorang itu dikehendaki menyampaikan amanah, maka ianya hendaklah ditunaikan dengan sebaiknya. Kesimpulannya, kita perlulah menunaikan amanah seseorang atau sesuatu pihak dengan ikhlas dan sempurna agar orang lain tidak hilang keyakinan diri kepada kita.Ketahuilah sesungguhnya sifat amanah itu adalah salah satu unsur kesempurnaan kepeda keperibadian seseorang insan khususnya kepada kita orang-orang islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “yang paling ringan dan mudah itu adalah mengucap dua kalimah syahadah, dan yang paling berat itu ialah melaksanakan amanah yang telah diberikan”. Dan daripada riwayat Al-Bazzar yang berbunyi, “sesungguhnya tiada agama bagi orang yang tidak amanah, tiada sembahyang baginya dan tiada zakat.”

KAMAR-KAMAR DI SYURGA











(Bagi pemberi salam)

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam
syurga itu terbahagi dalamnya kamar-kamar. Dindingnya
tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat
menyenangkan.

Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak
pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang
tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?"
tanya para sahabat. "Untuk orang yang mengucapkan dan 
menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan  
makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang 
membiasakan puasa,dan solat di waktu malam saat 
manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam,
dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam.
Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya
sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk
orang-orang yang membiasakan berpuasa. Mereka yang
solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu
ia bererti termasuk orang yang solat malam di saat
orang-orang sedang tidur lelap."

Begitu Nabi SAW menjelaskan sabdanya kepada
sahabatnya.

MENDENGAR GHIBAH TURUT BERDOSA


RASULULLAH ketika ditanya oleh seorang sahabat apakah itu ghibah, Baginda bersabda maksudnya : “Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!” Kemudian Baginda ditanya lagi: “Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?” Jawab Baginda: “Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk, apatah lagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang). Orang yang mendengar ucapan ghibah turut memikul dosa ghibah kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah atau menerima dengan hatinya.  Apabila ada kesempatan, maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah itu dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat.” (Hadis riwayat Muslim). Jelasnya, ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, malah setiap gerakan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang difahami sebagai hinaan.
Mendengar orang yang sedang ghibah dengan kagum dan menyetujui apa-apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah.

Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan diberikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib, lahir kehinaan dan timbul keinginan untuk melakukannya.