KESUKES Kemaman telah muncul sebagai JUARA buat kali ke – 3 berturut-turut sejak edisi
2007 di Kuala Terengganu dan 2009 di Kemaman. Ini terhasil setelah berjaya
mempertahankan kejuaraan kejohanan bola tampar lelaki Jabatan Kesihatan Negeri
Terengganu (JKNT) 2011. Kejohanan ini telah diadakan bertempat di Dewan Bola Tampar, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),
Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.
Pada peringkat
liga berkumpulan. KESUKES Kemaman telah menjadi JOHAN KUMPULAN setelah menang
dengan HSNZ 2 – 1, menang dengan KESUKES
Ibu Pejabat 2 – 0 dan menang dengan Dungun 2 – 1. Manakala di peringkat separuh
akhir, KESUKES Kemaman telah menewaskan KESUKES Marang dengan 2 – 0. Seterusnya
pada perlawanan akhir, KESUKES Kemaman telah bertarung sengit sekali dengan
KESUKES HSNZ dan telah menang dengan 3 – 2 (16 – 25, 18 – 25, 25 – 23, 25 – 18,
16 – 14).
Ini merupakan
satu pencapaian yang sangat baik. Terima kasih diucapkan kepada para penyokong
pasukan yang terdiri daripada para pemain bola tampar wanita KESUKES Kemaman, anggota-anggota
daripada Hospital Kemaman dan orang awam yang sanggup datang ke UniSZA
semata-mata untuk memberikan sokongan tanpa jemu kepada pasukan ini.
No comments:
Post a Comment