Di New York satu kajian baru mendedahkan cara terbaik mengatasi
masalah kemurungan ialah dengan berkahwin dan merumuskan ikatan itu
walaupun kurang membahagiakan memberikan perangsang psikologi lebih baik
kepada golongan tertekan berbanding mereka yang gembira.
Kajian
terdahulu menyatakan faedah psikologi perkahwinan bergantung kepada
sama ada ia dapat memberikan kebahagiaan kepada pasangan suami isteri.
Mengambil petunjuk dari kajian terdahulu, penuntut lepasan ijazah
sosiologi di Universiti Ohio, Adrianne Frech, dan rakannya, Kristi
Williams, membuat spekulasi orang yang gembira mendapat lebih banyak
faedah psikologi dari perkahwinan berbanding golongan tertekan.
Dalam
usaha menguji hipotesis itu, mereka meneliti contoh 3,066 lelaki dan
wanita yang ditemubual dan diuji untuk masalah kemurungan sekali sama
ada pada 1987 atau 1988 dan sekali lagi lima tahun kemudian. Dalam
temubual, mereka ditanya mengenai kualii perkahwinan jika sukarelawan
sudah berkahwin.
Secara purata, dengan mengambil kira
perbezaan dalam kemurungan , subjek yang berkahwin lebih lima tahun
antara dua temubual melaporkan peningkatan psikologi dalam temubual
kedua mendapat purata 3.42 mata lebih rendah pada 84 mata skala
kemurungan berbanding rakan mereka yang tidak berkahwin. Sedikit
perbezaan yang mengejutkan ialah kajian yang menunjukkan orang yang
murung dan berkahwin menunjukkan mereka lebih mampu meneruskan kehidupan

No comments:
Post a Comment