01
- Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam,
banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN
dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02
- Hai anakku: orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima
nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan
sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian
dari ALLAH juga.
03
- Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan
taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada
ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04
- Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05
- Hai anakku: Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu
boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06
- Hai anakku: Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan
untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut (
takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07
- Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr
tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak
mahu mengerti.
08
- Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan
besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana
engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
09
- Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka
bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi
utusan.
10
- Hai anakku: Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan,
bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah
memberikan akibat yg berbahaya.
11
- Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir
majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya
mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12
- Hai anakku: janganlah engkau makan
sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu
adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
13
- Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang
dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana
manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan
kesengsaraan.
14
- Hai anakku: Makanlah makananmu bersama
sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim
ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15
- Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari
ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan
orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal
ia masih mahu menambahkannya.
16
- Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih
dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia
masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai
kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17
- Hai anakku: selalulah baik tuturkata
dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai
orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan
barang yg berharga.
18
- Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg
tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan
sesuatu darimu.
19
- Hai anakku: Jadikanlah dirimu dalam
segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap
sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd
dirimu.
20
- Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu
disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia
sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang
terpedaya dengan dunianya.
21
- Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk
dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.
Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang
lain.
22
- Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan,
janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya
sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
23
- Hai anakku: Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg
pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg
tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
24
- Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah
kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah
yg subur lalu disirami air hujan.
25
- Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah
yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke
keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang
membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah
tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua
muka, kelak akan membinasakan dirimu.
No comments:
Post a Comment