Friday, 3 February 2012

Air - Penawar Yang Dilupakan


Nabi Muhammad S.A.W menekankan dalam hadithnya bahawa pentingnya air dalam tubuh manusia. Air adalah kehidupan, menurut Al-Quran dan Hadith. Hakikat ini diakui oleh pengkaji dan pengamal perubatan di Barat namun di Malaysia, orang melayu jarang minum air berbanding orang Cina yang sering kelihatan ke hulu ke hilir bersama sebotol air  masak. Menurut Dr Abdul Kader Hussain, kebanyakan orang berada dalam keadaan dehidrat atau di bawah paras dehidrat. Beliau yang berpengalaman selama 36 tahun dalam bidang perubatan berkata antara tanda-tanda kekurangan air adalah mata berair atau bertahi, nafas berbau dan kencing bewarna kuning pekat. Mereka yang kekurangan air akan cenderung menunjukkan emosi berlebihan, cepat merajuk, mudah marah dan tidak gemar bercakap dengan orang pada waktu bangun pagi.

No comments:

Post a Comment